Pulau Mantanani, Sabah merupakan salah satu pulau tumpuan
pelanconga dari dalam negara dan luar negara. Meskipun sudah terkenal boleh
dikatakan ia masih belum diterokai sepenuhnya.
Pulau Mantanani terletak di Kota Belud,
menjadi pilihan pelancong tempatan dan asing untuk beristirahat dan meneroka
keindahan alam semula jadi di daratan mahun di dalam laut. Pulau Mantanani
mempunyai seribu rahsia untuk diterokai.
Untuk ke Pulau Mantanani pengunjung perlu
menaiki bot laju dari Jeti Kampung Kuala Abai, Kota Belud. Jeti Kuala Abai
terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Kota Belud. Manakala dari Kota Kinabalu
pula lebih kurang 85 kilometer.
Setelah anda tiba di pulau, ada banyak
aktiviti boleh dilakukan. Pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam.
Kepelbagaian spesis ikan, batu karang, tumbuhan laut, dan banyak lagi khazanah
alam yang ada sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terpesona.
Jika anda tidak minat menyelam atau
snorkel, anda masih boleh berkayak, bermain bola tampar, bola sepak, membina
istana pasir, berjemur dan berenang, minum jus buah-buahan, atau sekadar
berjalan-jalan sahaja di pulau ini.
Sama ada anda memilih untuk berehat atau
sibuk dengan aktiviti, semua orang akan menemui kesesuaian untuk mereka semasa
berkunjung ke sini.
Walau bagaimanapun, dalam bulan-bulan
tertentu seperti Jun ke Disember, ada kemungkinana hujan lebat turun dan ribut
petir.
Oleh sebab itu, masa terbaik untuk datang
ke Pulau Mantanani adalah sekitar Januari ke Mei.
Di sini, anda akan dapat menikmati sinaran
matahari yang memancar dan merasai sendiri kesejukan air lautnya. Anda pasti
akan kagum dengan keindahan alam semula jadi di sini dan khazanah berharga yang
Pulau Mantanani tawarkan.
Bagi yang sekadar ingin menggunakan snorkel
melihat keindahan laut, anda bolehlah snorkel di tepi pantai atau mengikut bot
yang ada di sana yang akan membawa anda ke lokasi menarik untuk aktiviti
snorkel ini.
Di Pulau Mantanani, pengunjung berpeluang melihat
burung-burung yang kebiasaannya membuat sarang di pulau ini kerana kurangnya
pemangsa. Di sini adalah satu-satunya tempat untuk melihat burung hantu jenis
Scoops Owl (Otus Mantananensis).
Pengunjung juga boleh melawat sekitar
kawasan-kampung nelayan bagi melihat sendiri hidupan masyarakat di pulau ini.
No comments:
Post a Comment