Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat atau West
Coast Expressway (WCE) dengan Kod E32 ini merupakan sebuah lebuh raya yang
dibina di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini menghubungkan
Taiping, Perak ke Banting di Selangor.
Lebuh raya ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian jaringan pengangkutan dan keterhubungan penduduk, malah memberi seribu satu manfaat dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bukan satu, bukan dua, tetapi terdapat lima daerah di Perak yang terlibat secara langsung dalam jajaran lebuh raya WCE iaitu Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung dan Larut, Matang dan Selama.
No comments:
Post a Comment