Imam kampung dah buat video penjelasan.
Lelaki yang naik motor dengan dia tu bukan suami dia.
Bersekedudukan dengan pak we. Orang
kampung, pihak masjid pergi nasihat. Tapi tak layan. Lastnya mereka ambush
kemudian hantar wanita ini ke rumah mak dia.
Tak lama duduk rumah mak, ikut balik pak we
dia. Ahli kariah selalu dah bantu mereka dari dulu. Dan katanya dua-dua
penagih.
Hmmm...
Aku banyak kali jumpa kes seperti ini. Kita
punya tolong bagai nak rak, sewakan rumah sebab kena halau. Rupanya dulu kena halau
sebab tokan jual dadah.
Duduk rumah baru yang aku carikan, orang
infak semua peralatan rumah, katil, sofa, pekakas dapur semua, 2 bulan lepas tu
owner rumah hubungi aku. Tak tahan.
Rumah baru je repair dan cat, rosak binasa.
Tak jaga kebersihan. Aktif jual dadah. Anak-anak biadab dan kurang ajar pada
penduduk sekitar.
Ada yang bagi motor, jual motor. Beli oven
kata nak jual kek, dengan oven dia jual. Macam-macam kes sebenarnya yang orang
tak tahu.
Dulu satu kes pernah viral juga, bulan
puasa ketuk rumah jiran minta garam. Nak buka puasa nasi dengan garam katanya.
Viral teruk sampai kutipan lebih RM1.5
juta. Lepas tu baru kantoi penagih laki bini, kuat judi online. Tak dan setahun
duit lebih sejuta licin. Minta derma lagi tahun berikutnya guna modal sama.
Entah lah. Kadang jangan terlalu mudah
percaya dengan benda viral. Siasat dan tolong jangan persalahkan pihak zakat,
orang kampung dan pihak masjid.
Biasanya bila kes viral pakat salahkan YB
la, zakat la, orang masjid la. Rupanya bila semak, mereka telah dibantu
berkali-kali. Dah selesa hidup dengan bantuan sampai malas kerja.
Mula reka cerita zakat tak bantu lah apa.
Nak pergi minta bantuan dengan gereja dan sebagainya kerana mengharap simpati
orang.
Membantu dan sedekah itu sikap yang sangat
mulia. Cuma pastikan sasaran tu tepat. Jangan guna modal
"Kalau dia tipu tu urusan dia dengan Allah. Kita dah dapat pahala sedekah".
Tak boleh guna ayat tu kawan. Kena siasat.
Bagaimana jika kita sedekah dia guna buat beli dadah. Dah tengah high dia rogol
anak dia, rogol anak saudara ke, jiran ke apa? Lepas tu bunuh pula.
Macamana jika begitu? Asbabnya dari sedekah
kita itulah dia buat beli dadah, beli senjata dan mudaratkan orang lain pula.
Fikir-fikirkan.
FB - Mohd Fadli Salleh
#MFS
24 Mei 2024
"Kalau dia tipu tu urusan dia dengan Allah. Kita dah dapat pahala sedekah".
#MFS
24 Mei 2024
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment