Nama Sudara Beach Resort cukup terkenal di
Kelantan. Ia di antara resort terawal beroperasi di jajahan Bachok, khususnya
di Kampung Telong, Kandis. Ketika awal operasinya, lokasinya agak jauh dari
jalan utama iaitu Jalan Melawi-Tok Bali. Pun begitu, ia tetap menjadi pilihan.
Apabila jalan Pesisir Pantai Melawi-Kampung
Tok Kambing siap, laluan jalan utama ke Sudara Beach Resort hanya beberapa
ratus meter, menjadikan ia lebih mudah dikunjungi. Tambah menarik lagi apabila
kawasan sekitar kini telah dibangunkan oleh pihak swasta sebagai kawasan
peranginan terkenal di Kelantan.
Keistimewaan Sudara Beach Resort
menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelbagai acara seperti seminar, kursus,
mesyuarat, hari keluarga dan sebagainya. Konsep majlis perkahwinan di tepi
pantai paling terkenal di sini.
Kawasan resort yang selesa dan luas memang
menjadi kelebihan. Kawasan menghadap pantai yang luas, bersih dan landai.
Selamat untuk dijadikan kawasan mandi atau melakukan aktiviti di kawasan
pantai.
No comments:
Post a Comment