Banyak individu dari Malaysia yang berkunjung ke Thailand berminat untuk membawa kenderaan sendiri sepanjang melawat negara Gajah Putih itu. Di sini dikongsikan cara membawa
masuk kereta ke sana.
Dokumen yang diperlukan:
- Insurans kereta
- Geran asal/salinan
- Passport
- Insurans kereta. Insurans kereta yang
diperlukan bukannya yang dikeluarkan syarikat di Malaysia. Ia satu insurans
khas yang ditetapkan kerajaan Thailand. Insurans itu boleh dibayar melalui agen.
Terdapat agen yang beroperasi berhampiran sempadan di sebelah Malaysia. Ketika
hendak memohon insurans perlu sediakan salinan geran kereta.
- Geran kereta asal/salinan. Geran
kenderaan diperlukan ketika memohan atau membayar insurans. Ketika melalui
pemeriksaan juga perlu tunjukkan geran kereta asli atau salinan (asalkan
terang). Jika pemilik kenderaan tidak ikut sama, pastikan bawa surat kebenaran.
Contoh surat boleh google je. Nak tulis dalam bahasa melayu pun boleh.
- Pasport. Pastikan pemandu dan penumpang
membawa pasport yang sah dan belum tamat tempoh. Ini perkara asas perlu dipatuhi
apabila berkunjung ke mana-mana negara.
Ketika melalui pemeriksaan pihak berkuasa
Thailand, ikut arahan yang diberikan. Selepas selepas urusan di pintu masuk, boleh
terus memandu ke destinasi dituju. Memandu di Thailand tidak memerlukan lesen
memandu antarabangsa. Lesen memandu Malaysia diterima.
Jika ada pemeriksaan polis atau pihak
berkuasa Thailand, biasanya yang diminta adalah insurans dan lesen memandu. Pastikan
penumpang tempat duduk belakang juga memakai tali pinggang.
Terima kasih pemilik gambar. Sumber media
sosial
- Insurans kereta
- Geran asal/salinan
- Passport
No comments:
Post a Comment