Wednesday, 16 April 2025

STESEN KERETA API UKM

 
Stesen kereta api UKM merupakan hentian tren KTM Komuter yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Stesen ini telah siap dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995. Jaraknya hanya 1.5 kilometer kompleks akademik utama, penumpang boleh sambung perjalanan dengan bas atau teksi kampus.
 
Stesen ini terletak di laluan landasan pantai barat. Maksudnya, ia bukan dibina khusus memasuki kawasan kampus, sebaliknya laluan asal. Dibina stesen kereta api di situ untuk kemudahan pelajar UKM dan penduduk setempat. Penumpang boleh menaiki atau turun kereta api dari utara atau selatan.
 
Stesen ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk lif, tempat letak kereta dan surau menjadikan perjalanan anda lebih lancar dan selesa.
 
Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan UKM, stesen ini menjadi tumpuan mahasiswa pada hari Jumaat dan hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing.
 
Sama seperti kebanyakan stesen dalam laluan pantai barat, Stesen UKM berfungsi sebagai perhentian kereta api dua platform kecil untuk perkhidmatan kereta api KTM Komuter.
 
Pejalanan dari Stesen UKM menuju Stesen Bangi, menyajikan pemandangan yang menarik dengan keindahan bekas lombong atau tasik milik Universiti Islam Selangor di Bandar Seri Putra, melintasi jambatan dengan tembok semi bulat untuk melintasi Sungai Langat. Selain itu, terdapat juga beberapa lombong bijih terbiar sepanjang laluan di samping ladang kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment