Acara serah terima tugas pegawai tentera. Dalam tentera, majlis serah terima tugas diadakan secara
tradisi ketenteraan yang melibatkan perbarisan, pemeriksaan barisan,
tandatangan dokumen serah terima tugas, penyerahan tongkat kuasa dan aktiviti
lain.
Acara serah terima tugas atau HOTO (hand over tek over)
bukan sahaja melibatkan pegawai tentera terbabit sahaja, tetapi juga terkaitan dengan jawatan isterinya.
Ini kerana isteri pegawai berkenaan, terutama melibatkan panglima, pemerintah atau pegawai peringkat formasi adalah pengerusi Badan
Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), .
Maka, isteri pegawai berkenaan
juga perlu menyerahkan tugas kepada isteri penerima tugas untuk jawatan pengerusi
BAKAT.
Turut diadakan ialah "street lining" di mana
pegawai dan anggota akan berbaris di kiri dan kanan bahu laluan bagi memberikan
tabik hormat dan lambaian terakhir kepada pegawai yang menyerah tugas.
Gambar sekadar hiasan
Panglima 8 Briged, Brig Jen Datuk Muzamil bin Ali (kiri) menyerahkan jawatan kepada Kolonel Zaidi bin Omar (pemangku panglima 8 Briged), diperhatikan (tengah berdiri) oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Datuk Fazal bin Abdul Rahman. Majlis diadakan di Padang Kawad Markas 8 Briged pada 22 April 2025.
Kredit pemilik gambar asal




No comments:
Post a Comment