Satu projek pembinaan yang yang dijalan di Kota Bharu
sekarang ini ialah Projek Naik Taraf Jalan FT209 dan FT131 dari Persimpangan
Bertingkat Pasir Hor–Panchor.
Projek yang menelan
belanja RM189 juta bagi kos kontrak dan RM289 juta untuk pengambilan tanah ini
kini telah mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 42.3% setakat April 2025. Ia
dijangka siap pada 2027.
Dengan jumlah kos keseluruhan melebihi RM450 juta, projek
ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan FT131 daripada jalan dua lorong
tunggal kepada jalan berkembar empat lorong sepanjang 6 kilometer.
Skop projek turut merangkumi pembinaan jejambat (flyover) di
Persimpangan Pauh Panji, jejantas pejalan kaki, jambatan serta komponen
sokongan infrastruktur yang lain.
Meskipun pada peringkat awal projek ini berdepan beberapa
cabaran teknikal dan pelaksanaan yang sedikit mengekang kemajuan, namun kesemua
isu telah berjaya ditangani secara tuntas hasil kerjasama erat antara JKR,
pihak berkuasa berkaitan dan kontraktor utama.
Kini, kerja-kerja pembinaan bakal diteruskan dengan “full
swing” agar projek ini dapat disempurnakan menjelang tahun 2027 seperti yang
dijadualkan.
Projek ini bakal memberi impak ekonomi yang ketara sebaik siap,
sejajar dengan pembangunan besar lain seperti pembesaran Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra (LTSIP), projek ECRL dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment