Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas merupakan sejenis makanan berkanji yang berasal dari keluarga Convolvulaceae.
Dalam dialek Kelantan, ubi keledek dipanggil ubi setelo, memang terkenal di negeri bergelar Cik Siti Wan Kembang Tanah Rendah Sekebun Bunga itu.
Ubi keledek banyak varieti sama ada tempatan atau luar negara. Ia bukan sahaja berbeza pada warna kulit dan isi, bahkan rasanya.
Antara varieti baharu ialah keledek lembayung. Varieti luar negara yang terkenal ialah ubi keledek jepun dari Jepun dan ubi keledek cilembu dari Indonesia.
Ubi keledek adalah tumbuhan yang mudah didapati di kawasan tropika dan beriklim sederhana. Di Malaysia, ubi keledek bukanlah sesuatu yang asing lagi malah ianya dikenali oleh hampir semua lapisan masyarakat dan usia.
Ubi keledek sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan kuih-muih tradisional seperti kuih keria, cek mek molek, cucur badak dan lain-lain.
Ubi keledek juga sedap dimakan yang direbus atau pun digoreng. Di Kelantan, keledek yang dipotong kecil dan dicelup tepung, kemudian digoreng dipanggil kaki ayam.
Selain sedap dimakan, ubi keledek juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Penanaman keledek dilakukan melalui keratan batang atau menggunakan isi. Ia mudah ditanam dan membesar.
Bagi mereka tidak mempunyai kawasan tanah, boleh ditanam di dalam pasu. Masa untuk mengeluarkan hasil adalah antara tiga hingga empat bulan mengikut jenisnya.
Dapatkan ubi keledek secara dalam talian.
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/5q1zvCZbPQ?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/5q1zvCZbPQ?share_channel_code=1

No comments:
Post a Comment