Lembaga Luak ialah badan adat yang dianggotai oleh
lapan orang Datuk Lembaga (di sesetengah luak) yang bertindak sebagai penasihat
dan membantu Undang Luak dalam pentadbiran adat di Negeri Sembilan, khususnya
berkaitan waris, suku, dan tanah adat.
Mereka berperanan penting dalam struktur hierarki adat
Perpatih dan sah bertindak di bawah undang luak yang berkenaan.
Lembaga Luak adalah pihak yang berkuasa melantik Undang
Luak. Terdapat empat undang luak iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau.
Undang adalah pemerintah berdaulat bagi luak mereka dan
mereka juga berperanan dalam melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Lembaga adalah ketua tertinggi bagi sesuatu suku dikenali. Lembaga
bertanggungjawab mengetuai keseluruhan suku di peringkat luak. Manakala di
peringkat keluarga yang lebih kecil, ia diketuai oleh buapak.
Terdapat 12 suku utama dalam sistem Adat Perpatih di Negeri
Sembilan.
Buapak ialah gelaran bagi ketua kelompok kekeluargaan
(perut) dalam sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan, yang bertanggungjawab
mengurus hal ehwal anggota keluarga, tanah adat, dan adat istiadat.
Buapak bertindak sebagai ketua bagi kumpulan 'perut'
(kelompok kekeluargaan yang berasal daripada nenek moyang yang sama).

No comments:
Post a Comment