Tuesday, 21 April 2026

UNDANG LUAK NEGERI SEMBILAN

 
Undang Luak di Negeri Sembilan ada empat iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau. Undang Luak dilantik oleh Lembaga Luak di luak masing-masing. 

Proses pelantikan Undang Luak dilakukan berdasarkan adat perpatih, di mana Lembaga Luak mempunyai kuasa mutlak untuk memilih dan melantik Undang baharu setelah berlakunya kematian atau pemecatan.

Lembaga Luak adalah ketua-ketua suku yang bertanggungjawab dalam proses perlantikan dan pemasyhuran Undang yang baharu.

Undang adalah pemerintah berdaulat bagi luak mereka dan mereka juga berperanan dalam melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

Gambar - Balai Luak Sungai Ujong yang banyak menyimpan sejarah pemerintahan di Sungai Ujong.

No comments:

Post a Comment