Hari Fotofrafi Sedunia. Ia disambut pada 19 Ogos
setiap tahun untuk meraikan seni, sains, dan sejarah fotografi, serta
menghargai peranan jurufoto di seluruh dunia dalam merakam momen bermakna.
Tarikh ini dipilih sebagai memperingati hari pengumuman
proses daguerreotaip pada tahun 1839 oleh kerajaan Perancis, iaitu salah satu
teknik menghasilkan gambar foto yang pertama di dunia. Teknik daguerreotaip diperkenalkan
pada tahun 1839 oleh seorang pelukis dan pencipta dari Perancis bernama Louis
Daguerre.
Hari Fotografi Sedunia menggalakkan peminat seni visual
berkongsi pandangan unik mereka tentang dunia menerusi lensa kamera atau
telefon pintar.
Kita semua sukakan gambar yang cantik. Ada yang kita simpan
sebagai kenangan, ada yang dibingkaikan menjadi tatapan. Ada juga sekeping gambar
yang akhirnya menjadi rakaman sejarah serta rujukan satu dunia.
Namun, di sebalik setiap gambar itu, ada seorang insan yang
memerhati, menunggu dan memilih detik yang tepat untuk menekan butang kamera.
Kadangkala hanya beberapa saat, tetapi hasilnya mampu menyimpan sebuah cerita
untuk puluhan tahun.
Teruskanlah merakam setiap detik, kerana gambar hari ini
akan menjadi kenangan pada hari esok dan bukti sejarah pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment