Wednesday, 9 September 2026

IKAN TILAN RASA MACAM DAGING AYAM

Ikan tilam rasa macam daging ayam. Sebenarnya ikan tilan banyak spesies. Ikan tilan bercorak batik dipanggil tilan batik (nama saintifik Mastacembelus favus), ikan tilan bara (nama saintifik Mastacembelus erythrotaenia), ikan tilan utara (nama saintifik Mastacembelus tinwini) dan beberapa speises lain. 
 
Ikan tilan jenis ikan air tawar, mendiami sungai-sungai tertentu di Malaysia. Rupanya bentuk tubuhnya macam belut, tetapi bukan daripada keluarga belut. Di bahagian belakang ikan itu memiliki sirip seperti duri berbaris dan memiliki tubuh yang agak pipih.
 
Kesemua ikan tilan adalah pemangsa, antara diet utamanya ialah udang dan cacing.
 
Cara menangkap ikan tilan biasa dengan cara memancing. Dahulu ikan tilan tidak digemari, mungkin kerana rupa bentuk dan sikap makan mata pancing. Dulu-dulu kalau memancing dapat ikan tilan orang gelar "mati lesen".
 
Ikan ini memang selalunya akan menelan umpan pada mata kain sehingga jauh masuk ke dalam bahagian perut dan amat sukar untuk terlepas. Cara mudah dengan memotong tali kail dan digantikan dengan mata kain baharu.
 
Sekarang, ikan tilan semakin diminati dan dicari penggemarnya  kerana banyak meminati isi ikan tilan yang rasa seakan daging ayam dengan tekstur daging yg sedikit kejur. Sedap digoreng kunyit, goreng berlada, kari, gulai lemak dan gulai masam bodo. Boleh juga dibakar dan dibuat rendang.
 
Ikan tilan agak sukar disiang kerana sisiknya halus dan durinya tajam. Sebab itu ada yang menyiat membuang kulitnya. Cara itu sebenarnya "merugikan". Lemak dan khasiat ikan tilan ada pada kulitnya.
 
Satu cara untuk membuang sisiknya ialan dengan menyelur sekejap menggunakan air panas. Lepas itu kikis sisiknya sampai corak pada ikan pun tertanggal sekali.
 
Ikan tilan juga sekarang ini dijadikan ikan hiasan, terutama ikan tilan bara kerana warnanya unik.

Kredit pemilik gambar

Ikan tilan batik

Gulai ikan tilan batik

Ikan tilan bara

Ikan tilan yang telah dibuang sisik

No comments:

Post a Comment