Di sekeliling kita sebenarnya terlalu banyak
insan-insan yang mengharapkan bantuan pihak kerajaan, swasta, badan bukan
kerajaan (NGO) maupun individu. Bantuan
itu diperlukan untuk meneruskan kehidupan lebih selesa, tujuan perubatan
ataupun menceriakan sedikit kesedihan yang ditanggung selama ini.
Dalam akhbar dan majalah serta televisyen kerap
menyiarkan kisah penderitaan individu dan keluarga yang memerlukan bantuan
orang ramai. Betapa banyaknya insan di sekeliling kita yang sebenarnya boleh
dikategorikan sebagai bernasib malang .
Laporan itu bukan sekadar untuk melariskan jualan
akhbar, tetapi juga merupakan satu tanggungjawab sosial yang perlu
dilaksanakan. Laporan itu juga bukan
setakat untuk dibaca dan kemudian tidak ada apa-apa yang belaku. Ia memerlukan tindakan orang ramai untuk
mengubah keadaan menjadi lebih baik.
Alhamdulillah, banyak laporan yang disiarkan di
akhbar mendapat respon yang positif daripada pihak yang berkaitan dan orang
ramai. Nasib insan malang yang dilaporkan itu sedikit terbela
dan ada yang dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu selama ini.
Sumbangan itu tidak kisahlah sama ada dalam bentuk
wang ringgit, harta, tenaga, khidmat nasihat dan apa-apa jua yang dapat
membantu golongan itu. Setiap sumbangan
pastinya memberi kebaikan kepada penerimanya.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan
sikap prihatin dan pemurah. Jika ada
bencana di luar negara, rakyat Malaysia
adalah antara yang terawal menghulurkan bantuan.
Pelbagai jenis tabung yang dikendalikan oleh
kerjaaan, pihak swasta dan NGO diwujudkan untuk menerima bantuan orang ramai
bagi disalurkan kepada mangsa atau golongan yang daif di luar negara. Kutipannya ada yang mencecah jutaan ringgit
untuk setiap tabung.
Beberapa nama NGO Malaysia kini terkenal di
seluruh dunia, khususnya di negara yang pernah mereka menyumbangkan bantuan. Malah, ada NGO antarabangsa dengan kerjasama
NGO Malaysia kini menjadikan Malaysia
sebagai pangkalan hadapan untuk menyalurkan bantuan bencana di negara-negara
rantau Asia .
Selain memberi bantuan di peringkat antarabangsa,
kita sepatutnya turut memberi tumpuan untuk membantu golongan daif di negara
kita. Mereka ini sepatutnya lebih
diutamakan untuk mendapat bantuan kita. Ini tidak pula bermakna perlu menghentikan bantuan kepada rakyat di
negara lain.
Hubungan peringkat antarabangsa memang perlu
diwujudkan. Ia secara langsung menaikkan imej negara di mana masyarakat
antarabangsa. Rakyat negara kita juga mungkin pada masa akan datang memerlukan
bantuan luar negara apabila berlaku bencana besar.
Kepada yang bernasib baik, bersyukurlah dan
menghargai setiap kebaikan yang dimiliki sekarang. Salah satu tanda bersyukur
ialah menghulurkan sedekah dan bantuan kepada yang memerlukan. Masyarakat prihatin mudah tersentuh hatinya
untuk menyumbang membantu individu lain yang mengharapkan bantuan.
Sedikit sumbangan yang dihulurkan kepada golongan
daif atau mengharapkan sesuatu bantuan amat bermakna. Bagi golongan kaya mungkin merasakan jumlah
itu terlalu kecil yang sekadar cukup untuk sekali belanja. Memang jurang
perbezaan perbelajaan golongan kaya dengan golongan miskin amat ketara.
Jumlah yang disediakan untuk sekali makan di hotel
mungkin boleh digunakan untuk belanja makan sebulan bagi satu keluarga
miskin.
Sekali berbelanja di pasar raya bagi orang kaya mungkin menyamai pendapatan sebulan seisi rumah golongan miskin. Jika tidak penuh sebuah troli, akan terus dicari-cari barang biarpun tidak begitu penting untuk digunakan.
Sekali berbelanja di pasar raya bagi orang kaya mungkin menyamai pendapatan sebulan seisi rumah golongan miskin. Jika tidak penuh sebuah troli, akan terus dicari-cari barang biarpun tidak begitu penting untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment