
Punca kencing manis. Satu punca biasa terdedah risiko kencing manis atau diabetes adalah disebabkan berlebihan berat badan atau kegemukan.
Keadaan itu berpunca pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang
serat, sedangkan pada masa sama tidak mengamalkan senaman atau tidak melakukan
aktiviti aktif menggunakan tenaga untuk membakar lebihan kalori yang tersimpan
di dalam badan.
Peningkatan usia dan faktor keturunan juga punca seseorang mudah
mengalami penyakit kencing manis. Pengambilan makanan manis berlebihan adalah
punca utama kencing manis.
Tanda awal penyakit kencing manis yang utama. Ambil langkah membuat pemeriksaan kesihatan jika terdapat tanda-tanda ini pada diri atau ahli keluarga.
Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.
Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang
bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap
membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan
menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan
air yang telah hilang.
Turun berat badan memang perkara baik. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.
Tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan.
Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di
alami. Paling
menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk di mana
hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk
menyembuhkannya.
No comments:
Post a Comment