Tuesday, 28 January 2020

PULUT KUNING HIDANGAN SARAPAN PAGI

Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.

Namun, sekarang ini banyak pulut kuning dijual tidak kira musim. Imej pulut kuning yang dikaitkan dengan majlis tertentu kini sudah dianggap sebagai makanan harian. Mudah cakap sepanjang tahun untuk memenuhi permintaan peminatnya.

Ada penggemar pulut kuning menjadkan ia sebagai hidangan pagi menggantikan nasi atau kuih muih. Jadi, di kedai makan tertentu ada menyediakan pulut kuning yang biasanya dimakan dengan gulai kari daging untuk dinikmati penggemarnya.

No comments:

Post a Comment