
Nanas MD2 AC9. Merupakan varieti nanas premium yang berasal dari
Hawaii. Terkenal dengan isi berwarna keemasan, rasa yang sangat manis, tekstur
rangup, dan kurang pedas di lidah (tidak lidas). Di Malaysia, ia merupakan
antara tanaman eksport utama yang memakan masa kira-kira 14 bulan untuk matang
sepenuhnya.
Nanas varieti MD2 telah didaftarkan di bawah Pendaftaran
Varieti Nanas Kebangsaan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013,
dengan nombor pendaftaran rasmi AC 9.
Varieti premium ini popular kerana ciri-cirinya yang
menguntungkan pengusaha dan penggemar buah. Mempunyai kulit yang nipis, mudah dikupas, dan berat purata
sekitar 1.5 hingga 2.5 kilogram sebiji. Kaya dengan vitamin C (sehingga 4 kali ganda lebih tinggi
berbanding varieti lain), serat, dan vitamin B6.
Penanaman nanas MD2 mudah diurus kerana tidak perlu dijaga
selalu tetapi cukup sekadar meracun dan membaja tanaman itu supaya ia tidak
mudah rosak.
Kualiti nanas MD2 ini sangat tinggi dan sesuai dijadikan jus
minuman, pencuci mulut serta snek makanan kering.
----
Tulisan asal pada 6 Feb 2020
Penanaman
nanas MD2 semakin berkembang di Kelantan dan telah mengeluarkan hasil. Sebagai satu
usaha pemasaran secara berkesan dan bersistematik, Persatuan Pengusaha Nanas Kelantan
membina atau menubuhkan Pine Station.
Sebagai
permulaan, pine station telah dibuka di kiosk Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Kota (SMK Kota) (bersebelahan RTM Wakaf Che Yeh).
Pembukaan
pine station itu satu permulaan dalam pemasaran industri nanas di Kelantan. Lebih
banyak pine station akan dibuka seluruh Kelantan pada masa akan datang.
Kehebatan
nanas MD2 yang kaya khasiat dan rasa yang lazat kini menjadi sebutan dan pilihan
ramai.

No comments:
Post a Comment