Sunday 26 July 2020

BUAH SUSU RASA LEMAK MANIS

Siapa pernah makan buah susu... ni sejenis buah tau... bukan susu ibu atau susu tepung. Kalau yang tu memang semua orang pernah minum susu.

Buah susu dahulunya banyak ditanam di laman rumah. Pokoknya besar merimbung tetapi tinggi. Jadi sesuai sangat dijadikan pokok teduhan, di samping mendapat hasilnya. 

Namun sekarang ini pokok susu boleh dikategorikan sebagai pokok nadir atau yang semakin sukar ditemui.

Pokok susu juga dikenali epal susu. Ada juga yang mengenalinya sebagai buah susu vietnam, caimito atau star apple. 

Pokok susu dikatakan berasal dari Mexico atau Amerika Tengah. Tidak pasti pula mengapa dikenali buah susu vietnam.

Ketinggian pokok susu boleh mencapai 20 meter jika membesar secara maksimun. Pokok buah susu boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Akan berbuah selepas 5 hingga 6 tahun.

Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Ukuran buah susu sebesar bola tenis. Buah susu ketika muda berwarna hijau dan bertukar purple apabila sudah matang. Isinya berwarna putih.

Buah susu sesuai dimakan segar. Isinya rasa lemak manis dan berjelly. 

Sedap dimakan jika dicampurkan dengan susu pekat untuk menambah rasa. Agaknya itulah sebab mengapa ia dikenali dengan nama buah susu. 

Selain itu ia juga sesuai dijadikan puding, sup dan aiskrim.  

6 comments:

  1. Memang sedap buah epal vietnam ni. Skrg dah susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat.. Saya ada menjual pokok ni jenis kawin cepat berbuah...
    Jika berminat boleh wasap sy ditalian..
    60179310175

    ReplyDelete
  3. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  4. Saya pergi Vietnam baru kenal buah ni. Dipanggil buah susu Vietnam sebab buah ni banyak di Vietnam dan orang sana panggil ni Buah Susu, sebab tu lah kot nama dia di Malaysia jadi Buah Sisu Vietnam. Nama dia buah susu sebab dia bersusu, bila kita belah dia akan mengalir susu di celah2 torehan tu. Rasanya lemak berkrim macam susu, tapi ada rasa kelat2 sikit yang akan hilang bila kita makan banyak buah ni. Cara makan paling sedap ialah kita letak potong isi buah ni letak dalam mangkuk, bancuh susu pekat dgn air sejuk atau air biasa yang diletak ais, kemuadian masukkankan dalam mangkuk yang berisi buah tadi.

    ReplyDelete