Friday, 5 March 2021

KUIH PUTU DIBUAT DARIPADA TEPUNG BERAS

Putu ialah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras atau tepung ubi kayu. Antara jenis putu ialah putu bambu atau juga dikenali putu buluh, putu mayang dan putu piring.

Nama putu tersebut berbeza mengikut acuan atau bentuknya. Contohnya, putu bambu ia dikukus dengan cara tepung beras diletakkan di dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh sebelum dikukus di atas kukusan khas. Di dalam tepung beras itu turut diletakkan gula atau nisan.

Putu sedap dimakan dengan kelapa parut muda. 

No comments:

Post a Comment