Friday, 22 July 2022

LONG SULAIMAN PEMERINTAH KELANTAN DI KOTA JEMBAL

 
Long Sulaiman bin Long Bahar pemerintah Kelantan yang berpusat di Kota Jembal. Baginda adalah putera Long Bahar dengan dengan Raja Perempuan Pattani bergelar Mas Kelantan, menaiki takhta pada tahun 1733 setelah kemangkatan Long Bahar.

Pada masa sama Long Sulaiman turut mempunyai kuasa terhadap kerajaan yang berpusat di Kota Kubang Labu, kawasan Wakaf Bharu.

Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang. Tuan Kembang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh.

Pada 1756 telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Baginda mangkat dibunuh oleh menantu baginda, Long Deraman pada tahun 1756 di Kota Kubang Labu kerana perebutan kuasa.

Baginda dimakamkan di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu.

No comments:

Post a Comment