Daun
cekur merupakan herba dalam keluarga yang sama dengan halia. Ia tumbuhan tidak
berbatang. Juga dikenali sebagai kencur, cekor, chekur, cengkur dan cekur daun
panjang. Biasanya tunas pokok cekur boleh tumbuh terus daripada hujung
rizom yang mendatar di bawah permukaan tanah.
Di
Malaysia, tradisi menggunakan daun cekur untuk menghilangkan kelemumur,
menghilangkan sakit gigi dan menyembuhkan penyakit resdung.
Cekur tumbuh di kawasan teduh seperti hutan terbuka dan hutan buluh. Cara pembiakan
melalui keratan batang dan rizom.
Cekur merupakan
herba yang kecil dan mempunyai daun yang terdiri daripada 3-5 helai. Daun
tumbuh secara melintang dan menghampiri tanah bentuk eliptik.
Jambak
bunga tumbuh menegak daripada celah daun, tidak bertangkai, dan mempunya 12-15
kuntum bunga. Bunga berwarna putih dan ungu pucat pada bahagian pangkal.
Hasil
penemuan penyelidikan, daun cekur mengandungi banyak kandungan bahan aktif
seperti asid metil kanil, asid cinnamic, kamphene, paraeumarin, asid anisik,
alkaloid dan gam.
Analisis
makmal yang dijalankan menemui banyak provitamin A karotena. Ia juga kaya dengan
vitamin B dan C, protein dan mineral.
Ingredien
aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, steroids, phenols, asid lemak,
terpenoid.
Secara
tradisional, daun cekur digunakan untuk membuang angin di dalam badan. Air cekur
dikatakan bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf. Baik bagi ibu
mengandung dan juga ibu dalam pantang, mengalami keguguran.
Daun
cekur juga mampu proses memulihkan rahim selepas melahirkan anak. Ia sesuai
digunakan untuk merawat luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.
Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu.
Masyarakat
Melayu mengunyah umbi cekur untuk menghilangkan gatal tekak, menyembuhkan
anggota badan yang bengkak. Cara yang digunakan untuk mengurangkan selsema
ialah dengan menghidu rizomnya
No comments:
Post a Comment