Pasar Terapung Pengkalan Datu, satu produk ekopelancongan terkenal di Kelantan, selain Pasar Terapung Pulau Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pulau Suri. Pasar Terapung Pengkalan Datu beroperasi di Kampung Pengkalan Datu, Sering, Kota Bharu.
Kawasan Pasar Terapung Pengkalan Datu adalah sebahagian kawasan Cerana Villa. Ia terletak
berhampiran Jalan Raja Sakti yang menjadi laluan utama untuk ke Kampung Pengkalan
Datu dan kampung-kampung lain. Jaraknya dari Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra, Pengkalan Chepa hanya tujuh kilometer dan 10 kilometer dari bandar Kota
Bharu.
Hanya beroperasi pada hari Sabtu dan dibuka
bermula pukul 8:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari. Makanan dan barangan boleh
dapatkan di sini selain pengunjung gemar mendapatkan pelbagai jenis hidupan
laut segar.
Pengunjung juga berpeluang untuk menaiki
bot yang meninjau panorama di sekitar Sungai Pengkalan Datu.
Kewujudan Pasar Terapung Pengkalan Datu dijadikan
hab pelancongan bagi menyemarakkan ekonomi penduduk setempat.
Untuk merealisasikan Pengkalan Datu menjadi
hub ekopelancongan, pendudukan tempatan menubuhkan Persatuan Warisan Lembangan
Sungai Pengkalan Datu (WASPADA). untuk melestarikan khazanah warisan bangsa di
sekitar lembangan sungai itu.
WASPADA mengenal pasti Pengkalan Datu
mempunyai warisan sejarah dan seni budaya seperti dikir barat, seni silat, wau,
gasing, rebana dan mak yong yang memberi tarikan kepada pelancongan.
Selain itu, terdapat seni kraf tangan,
batik, songket serta kuih tradisional. Malah kami yakin pelancong pasti
terpukau dengan keindahan alam, aktiviti pertanian dan perikanan tradisional di
lokasi ini.
No comments:
Post a Comment