Tuesday 24 January 2023

KUASA KERAJAAN NEGERI MEMBUAT UNDANG-UNDANG

 
Di Malaysia terdapat dua badan yang berkuasa membantuk, menggubal atau membuat undang-undang iaitu di peringkat kerajaan Pusat melalui Perlimen dan kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri.

Inilah keunikan sisterm pemerintahan Melaysia yang memberi bidang kuasa kepada pusat dan negeri untuk membentuk undang-undang berdasarkan bidang tugas masing-masing. Terdapat hal yang terletak dalam bidang kuasa Persekutuan dan ada perkara dalam bidang kuasa negeri. 
 
Perkara 75  menyebut mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu.

Peruntukan itu memberi garis panduan kepada pihak yang bertanggungjawab menggubal undang-undang peringkat negeri agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan mana-mana Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. 
 
Kerajaan negeri diberi hak membuat undang-undang sendiri untuk dikuatkuasakan di negeri masing-masing dalam hal yang berada dalam bidang kuasanya, contohnya undang-undang berkaitan tanah dan agama.

Biarpun hal ini berada di bawah bidang kuasa negeri, undang-undang itu tidak boleh bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kawalan ini membei hak kepada pusat untuk memastikan negeri mematuhi roh Perlembagaan Persekutuan.
 
Konsep pembahagian kuasa selari dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Dalam sistem negara (Kerajaan) Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan. Selain Malaysia, negara lain yang turut mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, India dan Brazil.

No comments:

Post a Comment