Taasub ialah kuat pegangan atau keyakinan yang
keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang. Ia adalah sama dengan fanatik.
Dalam politik ada yang begitu taasub kepada
pemimpin. Mereka menyokong pemimpin sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi
untuk membuktikan sokongan kepada pemimpin tertentu.
Ada sebab mengapa individu menjadi taasub
kepada pemimpin. Pertamanya kerana jahil. Mereka kurang pengetahuan mengenai
kelicikan pemimpin. Mereka kurang kesedaran mengenai realiti politik dan
melihat kegagalan sebagai satu kejayaan. Perkara salah tetap dianggap betul. Mereka
sanggup dilabelkan dengan apa gelaran sekalipun, tetapi terus memperlihatkan
tindakan kesetiaan kepada pemimpin berkenaan.
Ada juga orang individu menjadi begitu
taasub kepada pemimpin kerana duit. Mereka sedar penipuan dan masalah sebenar,
namun faktor kepentingan diri menyebabkan mereka tidak peduli untuk membantu
memulihkan. Mereka akan meninggalkan pemimpin tersebut setelah tidak lagi
memberikan mereka wang. Mereka akan mencari pemimpin baharu yang dapat
menunaikan keinginan mereka.
Kedua-duanya tidak menguntungkan perjuangan
mahu pun organisasi.
Gambar - sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment