Pokok chaya semakin dikenali dan diminati. Pokok chaya daunnya seperti betik, tetapi batang seperti batang ubi. Pokok ini tumbuh dengan subur di kawasan lembap dan kering.
Pokok chaya juga dikenali dengan nama bayam suria. Daun chaya sedap dicelur dibuat ulam. Rasanya manis tidak pahit seperti daun betik.
Di Thailand, ia dipanggil pokok ajinomoto atau pokok MSG kerana kesannya sebagai perasa asli jika dicampurkan di dalam masakan.
Daun chaya kaya dengan zat besi, potassium
dan kalsium yang tinggi. Jadi ia amat sesuai dijadikan ulam mahupun dibuat
sayur untuk memenuhi zat pemakanan yang diperlukan oleh badan. Dengan kata lain ia jenis tumbuahan yang berkhasiat. Banyak khasiat pokok chaya yang boleh dimanfaatkan
Kebaikan memakan daun chaya:
- Meningkatkan pengaliran darah
- Membantu penghadaman
- Meningkatkan penglihatan
- Membantu menurunkan paras kolestrol
- Mengawal paras gula dalam darah
- Meningkatkan kuantiti darah
- Meningkatkan daya ingatan
- Meningkatkan pengaliran darah
- Membantu penghadaman
- Meningkatkan penglihatan
- Membantu menurunkan paras kolestrol
- Mengawal paras gula dalam darah
- Meningkatkan kuantiti darah
- Meningkatkan daya ingatan
No comments:
Post a Comment