Tuesday 5 March 2024

KESETIAAN HANG TUAH KEPADA SULTAN

 
Hang Tuah dikenal sebagai laksamana dan guru silat yang sangat hebat di pemikiran orang Melayu hingga sekarang. Dia terkenal bukan sahaja disebabkan kekuatan dan handal berlawan, tetapi juga kisahnya taat kepada Sultan Mansur Shah dari Kesultanan Melaka pada abad ke-15 Masihi.
 
Hang Tuah memiliki seorang sahabat masa kecil bernama Hang Jebat, sesama guru silat yang perkasa dan sangat dihormati.
 
Dalam Hikayat Hang Tuah, disebutkan pada suatu ketika Sultan Melaka menghantar Hang Tuah menuju Pahang untuk memujuk Tun Teja agar menjadi permaisuri Sultan. Namun Tun Teja sebaliknya lebih tertarik kepada Hang Tuah dan jatuh cinta kepadanya.
 
Hal ini membuat Sultan cemburu dan marah, lalu menghukum mati Hang Tuah tanpa proses pengadilan. Berasa bahawa hukuman itu tidak masuk akal, bendahara tidak melaksanakan hukuman mati, sebaliknya menyuruh Hang Tuah bersembunyi di pedalaman.
 
Mendengar khabar bahawa sahabatnya dihukum mati oleh Sultan dengan tidak adil, Hang Jebat pun marah besar. Dia pun membuang kesetiaannya kepada negara dan menyerbu istana sultan.
 
Hang Jebat yang menyangka Hang Tuah telah mati pun membunuh sebahagian besar penghuni istana untuk membalaskan dendamnya. Tidak ada satu pun pendekar di istana yang berani berhadapan dengan Hang Jebat kerana dia dikenali sebagai seorang guru silat yang sangat kuat.
 
Bendahara memberitahu sultan bahawa hanya seorang sahaja yang boleh enghentikan amukkan Hang Jebat yakni Hang Tuah. Sultan yang mendengarnya menyesal telah memerintahkan agar Hang Tuan dibunuh. Pada ketika itulah bendahara telah memaklumkan bahawa Hang Tuan masih hidup.
 
Sultan memaafkan Hang Tuah, lalu dipanggil dari tempat persembunyiannya, dan diperintahkan untuk melawan Hang Jebat.
 
Hang Tuah, yang menaruh kesetiaan tertinggi kepada Sultan pun terpaksa melawan sahabat masa kecilnya itu, yang memberontak kerana menyangka Hang Tuah telah mati.
 
Hang Jebat yang kecewa dengan sikap Hang Tuah ingin membunuhnya, lalu berkata, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah." Lalu dibalas Hang Tuah, "takkan Melayu menderhaka kepada rajanya."
 
Mereka bertarung selama tujuh hari lamanya dan Hang Tuah berhasil membunuh Hang Jebat. Setelah kematian Hang Jebat, Hang Tuah tetap setia kepada Sultan sampai akhir hayatnya.
 

7 comments:

  1. Ini cerita dlm film ...cerita sebenar X berlaku pun .. Tuan jebat baik2 ja...inggeris tipu melayu hidip2

    ReplyDelete
  2. Hang Tuah memang nak jalan cerita berakhir macam ni. Hanya helah untuk menyelamatkan Hang Jebat, kenapa tak dipertontonkan saja secara umum pertarungan tu? Kenapa Hang Tuah letak syarat hanya dia seorang yg boleh menguruskan jenazah Hang Jebat?
    Saya berpegang versi Hang Jebat tidak mati di tangan Hang Tuah. Isu yang paling besar adalah masalah politik di kota Melaka, pengaruh pembesar terlalu kuat. Apa yg dilakukan oleh dua Laksamana ini adlh untuk rakyat kota Melaka.

    ReplyDelete
  3. Mesej cerita ni ramai yang terhijab siapa yang zalim pada awalnya dalam cerita ni dan siapa yang paling zalim akhir sekali dalam cerita ni.

    ReplyDelete
  4. Jebat dan Tuan tidak bergaduh. Hanya sahaja tipu daya untuk mengelirukan Pihak Istana. Batang Pisang digantikan menyerupai Jenazah Jebat.

    ReplyDelete
  5. Hang tuah bodo..

    ReplyDelete