Banyak jenis permainan yang melibatkan bola
memerlukan pemain memasukkan bola ke lubang, petak atau pintu gol. Daripada
banyak-banyak permainan itu, bermain golf paling unik dan lain daripada yang
lain.
Pertandingan golf boleh dianggap permainan “lelaki
budiman”. Biarpun bertanding, pemain tidak saling menjatuhkan, menghalang atau
merosakkan perancangan lawan. Mereka saling menghormati dan memberi kesempatan
kepada lawan untuk melakukan yang terbaik. Tiada provokasi dan iri hati. Bermain
dengan tenang penuh keyakinan diri.
Mata atau jumlah pukulan dicatatkan sendiri
oleh pemain. Tiada pengadil atau pihak yang akan menentukan peraturan
pertandingan. Pemin sendiri sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan dan apa
yang dilarang dalam permainan.
Padang golf paling luas berbanding jenis permainan lain. Luas padangnya boleh mencecah berpuluh-puluh hektar. Namun, penentu kepada kejayaan seseorang pemain golf ialah berapa pukulan untuk memasukkan bola ke dalam lubang kecil. Biarpun luas mana padang atau lapangan golf itu, lubang yang dicari ukurannya tetap sama.
Ketika mula-mula membuat pukulan, pemain tidak nampak lubang itu. Namun dengan keyakinan bahawa lubang itu ada, mereka memukul bola itu berkali-kali sehingga bola masuk lubang. Kepuasan terpancar apabila batang dicabut dan bola pula masuk lubang.
Itulah uniknya bermain golf.
No comments:
Post a Comment