Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil
menegaskan beliau tidak akan menyertai agenda ‘Rumah Bangsa’ oleh Presiden UMNO
yang beliau istilah sebagai ‘Rumah BangsaDAP’
Menurutnya, pihak terbabit boleh terus menjadi UMDAP
(gabungan nama UMNO dan DAP), tetapi tidak perlu mengajak beliau menyertai
agenda tersebut.
Beliau menegaskan tidak mahu masuk UMDAP, dan mengingatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadi gila talak dan
merentan serta meroyan apabila beliau menolak menyertai UMNO.
“Kamu nak terus jadi ‘UMDAP Mantap’ suka hati kamulah, tapi
jangan ajak saya atau orang lain untuk masuk ‘Rumah BangsaDAP’ Kami tak mahu,”
katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Isham yang dipecat daripada UMNO pada 2023, menyatakan tidak
berminat untuk menyertai gagasan itu kerana ia masih berada dalam kerangka
Kerajaan MADANI, sekali gus menunjukkan masih wujud kaitan kerjasama UMNO
dengan DAP.
Beliau turut menyarankan supaya Presiden UMNO yang juga
Timbalan Perdana Menteri bertemu pemimpin parti itu yang pernah dipecat dan
digantung sebelum ini bagi menyatakan permohonan maaf sebelum menjemput mereka
menyertai perjuangan berkenaan.
Isham menyebut beberapa nama seperti bekas Naib Presiden
UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selain Khairy dan bekas Ketua
Penerangan, Shahril Sufian Hamdan serta lain-lain yang menerima tindakan parti
sebelum ini.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, UMNO membuka
pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan
digantung keahlian untuk kembali ke parti itu tanpa syarat.
Isham dipecat daripada UMNO pada 6 Disember 2023 melalui
mesyuarat MKT susulan tindakan beliau kerap mengkritik parti secara terbuka dan
lantang, termasuk membantah kerjasama dengan DAP serta tidak menghadiri
beberapa mesyuarat MKT.

No comments:
Post a Comment