Wednesday, 1 April 2026

SUKATAN GANTANG BERASAL DARI ARAB

 
Gantang merupakan alat sukatan isi padu dan pertukaran yang dijadikan sebagai alat penyukat rasmi pada masa dahulu. Ia diperkenalkan oleh pedagang-pedagang Arab untuk menjalankan urus niaga aktiviti jual beli beras di Tanah Melayu. Sukatan lain selain gantang ialah leng dan cupak.

Penggunan gantang adalah bukti pengaruh Islam di dalam kehidupan masyarakat Melayu. 

Lazimnya, gantang diperbuat daripada kayu seperti mana cupak yang biasanya diperbuat daripada tempurung kelapa yang besar. Penggunaan gantang ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat terdahulu.

Bagaimanapun, sistem timbang dan sukat melalui ukuran gantang telah berubah sejak negara memperkenalkan sistem metrik pada tahun 1972.

Ukuran gantang masih diguna pakai oleh masyarakat Islam sebagai rujukan untuk membayar zakat dan fidyah berdasarkan nilai semasa dalam unit kilogram (kg) beras yang dijual.

No comments:

Post a Comment