Buah
susu dahulunya banyak ditanam di laman rumah. Pokoknya besar merimbung tetapi
tinggi. Jadi sesuai sangat dijadikan pokok teduhan, di samping mendapat
hasilnya.
Namun sekarang ini pokok susu boleh dikategorikan sebagai pokok nadir
atau yang semakin sukar ditemui.
Pokok
susu juga dikenali epal susu. Ada juga yang mengenalinya sebagai buah susu
vietnam, caimito atau star apple.
Pokok susu dikatakan berasal dari Mexico atau
Amerika Tengah. Tidak pasti pula mengapa dikenali buah susu vietnam.
Ketinggian
pokok susu boleh mencapai 20 meter jika membesar secara maksimun. Pokok buah
susu boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Akan berbuah selepas 5
hingga 6 tahun.
Bunganya
kecil berwarna kuning kehijauan. Ukuran buah susu sebesar bola tenis. Buah
susu ketika muda berwarna hijau dan bertukar purple apabila sudah matang.
Isinya berwarna putih.
Buah
susu sesuai dimakan segar. Isinya rasa lemak manis dan berjelly.
Sedap dimakan
jika dicampurkan dengan susu pekat untuk menambah rasa. Agaknya itulah sebab
mengapa ia dikenali dengan nama buah susu.
Selain itu ia juga sesuai dijadikan
puding, sup dan aiskrim.