Friday, 30 May 2025

KAUM SIAM BERSTATUS BUMIPUTERA


Kaum Siam berstatus bumiputera. Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 80,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini. 

Dengan status itu, masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga peribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
 
Ironinya, masih banyak pihak tidak memahami perkara ini. Masyarakat Siam dianggap bukan bumiputera dan dinafikan haknya.
 
Seharusnya, perkara ini perlu difahami, terutama di kalangan pejawat awam dalam menyediakan keistimewaan kepada kaum bumiputera agar kaum Siam turut menikmati apa yang diperoleh kaum bumiputera lain.
 
Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada. Tempat sembahyang mereka digelar wat. Setiap wat mempunyai beberapa sami mentadbirnya.
 
Kebanyakan orang Siam Malaysia menjalani kehidupan mirip seperti orang Melayu. Disebabkan itu yang tidak biasa dengan keadaan itu tidak dapat membezakan Melayu atau Siam jika mereka tidak menuturkan bahasa mereka sendiri.
 
Kredit pemilik gambar

 

No comments:

Post a Comment