Sunday, 30 March 2025

MAKSUD “PALATAU”

 
Istilah “palatau” popular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Istilah yang dikatakan berasal daripada gabungan perkataan ‘kepala tahu’ diguna untuk merujuk kepada seseorang yang suka bercakap tentang sesuatu perkara seakan-akan dia seorang pakar sedangkan dia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan perkara yang dikatakan.
 
Palatau itu barah dalam masyarakat. Banyak individu berlagak serba tahu membuat hantaran di media sosial atau membuat komen tentang isu tertentu. Apa yang ditulis dengan penuh yakin dan hujah seperti seakan-akan benar, biarpu ia tidak benar.
 
Pelatau akan dipercayai banyak warga media sosial kerana ada banyak pengikut yang akan menyokong dan mempercayai apa yang dimuat naik di media sosial.
 
Sikap tersebut banyak memberi kesan buruk apabila ia melibatkan isu sensitif yang boleh mengancam ketenteraman awam, mahupun berkaitan akidah.
 
Warga media sosial sepatutnya mempunyai sikap menyelidik atau menyemak sumber berita agar tidak menjadi mangsa kepada palatau.