Dalam PAS, ahlinya diajar kerja parti lebih utama daripada seluruh
kehidupan termasuk hal-hal ibadah. Sebab itu, kalau ditawarkan oleh Tabung Haji
giliran mengejakan haji, sedangkan ada pilihan raya pada masa itu, ahli PAS
akan memilih menolak tawaran haji itu dan lebih mengutamakan kemenangan parti.
Doktrin itu dipasak dalam kepala ahli-ahli PAS supaya
penyokong-penyokong itu boleh dijadikan "kerbau gala" yang boleh
mnyenangkan kerja pemimpin PAS. Mereka begitu taasub kepada "fatwa"
pemimpin tanpa dolak dalih.
Disebabkan mementingkan kerja-kerja parti, ada yang sanggup
hidup susah dan menginfakkan seluruh tenaga dan wang semata-mata untuk PAS.
Tidak ada perkara lain yang lebih penting perlu diberi perhatian, selain
kerja-kerja untuk parti.
Begitu pun, ada di kalangan ahli PAS yang sedar tentang
keadaan sebenar telah meninggalkan PAS atau kalaupun masih kekal sebagai ahli
parti, mereka sudah sedar bahawa ada tugas lain yang perlu dilakukan berbanding
dengan hal-hal parti.
Mereka sedar hal-hal ibadah, tugas harian, mencari rezeki,
menjaga hubungan baik sesama manusia dan menjalankan amanah yang ditanggung
adalah lebih penting atau perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Mereka melepaskan diri daripada jerat menjadi hamba kepada
doktrin politik melampau dan taasub kepada pemimpin politik yang hanya
menguntungkan pemimpin sahaja.
No comments:
Post a Comment