Tuesday 29 October 2019

ULTRA KIASU SEKAT KEJAYAAN ORANG LAIN


Kiasu ialah perkataan dalam dialek Hokien yang bermaksud takut kalah atau lawannya adalah ingin memang. Sikap kiasu diakui baik untuk satu persaingan sihat.

Namun sikap itu bertukar buruk apabila mencapai tahap ultra kiasu. Fahaman atau ideologi ultar kiasu membawa kepada 'persaingan yang melampau' dan membawa kesan buruk.

Pegangan ini lazim digunakan oleh golongan yang suka berdengki terhadap mereka yang berjaya. Hanya mereka ingin menang dan orang lain mesti kalah.

Mereka tidak boleh melihat orang lain lebih kehadapan. Mereka akan melakukan sesuatu agar orang lain tidak akan berjaya atau mendapati apa yang sepatutnya dinikmati oleh orang lain.

Perbuatan itu dilakukan bukan bertujuan menyekat kejayaan orang lain, tetapi agar orang lain tidak lebih berjaya daripada dia. Kononnya apabila orang lain lebih berjaya, maka dia akan menjadi mangsa kepada orang berjaya itu.

Manusia bila rasa terancam secara psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif.

Biarpun dirinya telah berada pada kedudukan yang tertinggi, dia masih berasa takut dan bimbang tindakan orang yang berada di paling bawah sekalipun.

Mereka akan mengguna kuasa dan kedudukan yang dimiliki untuk memastikan tiada orang lain mampu mencapai lebih baik daripadanya.

Untuk mencapai cita-cita dan kehendaknya, maka tiada perasaan kesihan dan tolak ansur dilakukan. Sikap mementingkan diri sendiri berada pada carta tertinggi perkara yang perlu dilakukan.

Mereka akan masuk campur dalam urusan orang lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan dirinya. Perbuatan itu dilakukan kerana tidak mahu orang lain bahagia dan berjaya.

No comments:

Post a Comment