Wednesday 6 November 2019

TAMAN TEMA ESCAPE TELUK BAHANG

Taman Tema Escape Teluk Bahang Pulau Pinang kini menjadi tumpuan percutian keluarga. Mula dibuka pada 2012, taman tema ini terus ditambah dengan pelbagai kemudahan dan cabaran untuk kepuasan maksima pengunjung.

Contohnya, baharu sahaja siap dan mula digunakan ialah gelongsor air terpanjang di dunia iaitu 1,140 meter. Panjang gelongsor air di Taman Tema Escape mengatasi gelongsor air di New Jersey, Amerika Syarikat, yang panjangnya 602 meter.

Pelawat akan turun dari puncak bukit dan menyeberangi Jalan Teluk Bahang ke jambatan penggantungan dan berakhir di taman tema air. Tempoh gelongsor kira-kira empat minit.

Yang paling menarik di mana-mana taman tema mestilah tempat berpesta air. Selain gelongsor air 1,140 meter, ada gelongsor air 300 meter yang sentiasa meriah.

Mereka ingin cabaran tempat tinggi, boleh panjat sana panjat sini. Boleh terbang pula. Jangan bimbang kerana aspek keselamatan jadi keutamaan. Ia dikendalikan oleh mereka yang pakar.

Di sini ada flying lemur. Binatang apa lemur tu? Lemur tu adalah 'fox'. Lemur tu istilah Melayu untuk 'fox'.

Terdapat satu laluan kereta kabel sepanjang 400 meter untuk membawa pengunjung ke puncak bukit.

Biarpun dibina pelbagai kemudahan, namun keindahan alam semula jadi di kawasan hutan itu dikekalkan. Suasana alam menjadi ia amat damai dan dingin.


No comments:

Post a Comment