Tuesday 11 May 2021

UCAP ‘TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM’ KETIKA AIDILFITRI

Pada kebiasaannya kita mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ pada setiap sambutan Aidilfitri kepada ahli keluarga, rakan dan sesiapa apabila bertemu. Sekarang ini, ucapan itu banyak berlegar di media sosial sebagai pengganti kad hari raya yang diamalkan pada masa dahulu.

Tidak salah mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’. Tetapi ada ucapan lain yang lebih baik untuk diucapkan yang sepatutnya kita ucapkan.

Ucapan yang dimaksudkan ialah "taqaballahu minna wa minkum" yang bermaksud "semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu”.

Diriwayatkan para sahabat saling mengucapkan perkataan itu ketika bertemu pada sambutan Aidilfitri.

Ini bermakna, untuk membalas ucapan tersebut juga dengan menyebut "taqaballahu minna wa minkum"

Ucapan balasan yang sama itu menepati firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu diberi salam dalam bentuk apa pun maka balaslah dengan salam yang lebih baik atau jawablah dengan yang sama” (Surah an Nisa, ayt 86)

Selain itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal faizin" yang bererti "semoga Allah menjadikan kita orang kembali (fitrah) dan beroleh kemenangan yang besar".

Diceritakan bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.

Marilah kita mengucapkan perkataan yang lebih membawa makna kepada kebaikan ketika sambutan Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment