Wednesday 8 September 2021

KAIN PELEKAT LELAKI MANGGA NUR AJUNG

 
Kain pelikat (ejaan betul 'pelekat') dahulunya pakaian 'wajib' lelaki ketika menunaikan sembahyang. Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 
 
Pemakaian kain pelikat tidak sama dengan kain sampin yang biasanya bahagian bawah berada di atas paras lutut atau sedikit di bawah.
 
Namun, sekarang ini kain pelekat semakin jarang dilihat dipakai lelaki yang pergi ke masjid atau surau. Sebaliknya, semakin ramai yang memakai jubah mahupun seluar longgar yang dikatakan lebih selesa dan 'bergaya'.

Pun begitu, kain pelikat masih lagi mendapat permintaan. Penggunaan kain pelikat dianggap lambang seni budaya yang menjadi identiti lelaki Melayu.
 
Antara jenama pelikat yang terkenal di negara kita ialah Mangga, buatan Indonesia.

Kain pelikat Mangga mendapat sambutan kerana:
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
Sesuai untuk kegunaan harian.
Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Terdapat beberapa versi kain pelikat Mangga di pasaran. Setiap versi mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing. Kami ada menjual pelikat Mangga secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment