Friday 21 June 2024

CARA MEMBAWA KERETA KE THAILAND

 
Banyak individu dari Malaysia yang berkunjung ke Thailand berminat untuk membawa kenderaan sendiri sepanjang melawat negara Gajah Putih itu. Di sini dikongsikan cara membawa masuk kereta ke sana.
 
Dokumen yang diperlukan:
- Insurans kereta
- Geran asal/salinan
- Passport
 
- Insurans kereta. Insurans kereta yang diperlukan bukannya yang dikeluarkan syarikat di Malaysia. Ia satu insurans khas yang ditetapkan kerajaan Thailand. Insurans itu boleh dibayar melalui agen. Terdapat agen yang beroperasi berhampiran sempadan di sebelah Malaysia. Ketika hendak memohon insurans perlu sediakan salinan geran kereta.
 
- Geran kereta asal/salinan. Geran kenderaan diperlukan ketika memohan atau membayar insurans. Ketika melalui pemeriksaan juga perlu tunjukkan geran kereta asli atau salinan (asalkan terang). Jika pemilik kenderaan tidak ikut sama, pastikan bawa surat kebenaran. Contoh surat boleh google je. Nak tulis dalam bahasa melayu pun boleh.
 
- Pasport. Pastikan pemandu dan penumpang membawa pasport yang sah dan belum tamat tempoh. Ini perkara asas perlu dipatuhi apabila berkunjung ke mana-mana negara.
 
Ketika melalui pemeriksaan pihak berkuasa Thailand, ikut arahan yang diberikan. Selepas selepas urusan di pintu masuk, boleh terus memandu ke destinasi dituju. Memandu di Thailand tidak memerlukan lesen memandu antarabangsa. Lesen memandu Malaysia diterima.
 
Jika ada pemeriksaan polis atau pihak berkuasa Thailand, biasanya yang diminta adalah insurans dan lesen memandu. Pastikan penumpang tempat duduk belakang juga memakai tali pinggang.
 
Terima kasih pemilik gambar. Sumber media sosial

No comments:

Post a Comment