Thursday, 10 April 2025

KEISTIMEWAAN KELAPA SGG CN16

 
Antara varieti kelapa yang susuai ditanam di Malaysia adalah Sungai Gulang-Gulang (SGG) yang didaftaran dengan Jabatan Pertanian pada 20 Jun 2022 dengan daftar varieti CN16 dikatakan hasil lebih baik terutama buah berkualiti untuk pelbagai pasaran makanan.

Buah dari varieti SGG jauh lebih besar dan mempunyai air yang banyak berbanding varieti lain yang terdapat Malaysia.
 
Kelebihan lain termasuk tempurung kelapa ini jauh lebih lembut menyebabkan ia mudah dikupas menjadikannya antara pilihan utama pengusaha minuman.
 
Ciri-ciri diminati pengusaha pula ialah penanaman baka SGG boleh membantu peladang atau pengusaha tanaman terbabit menikmati pengeluaran hasil yang lebih cepat atau singkat. SGG cepat mengeluarkan hasil iaitu kira-kira dua tahun lapan bulan selepas ditanam, buah tandan pertama boleh dituai.
 
Kelapa SGG sesuai untuk kelapa muda atau air kelapa dan kelapa tua untuk santan.
 
Memandangkan varieti cepat berbuah, kedudukan tandannya berada di atas tanah untuk peringkat awal berbuah. Jadi, tidak perlu panjat atau menggunakan khidmat beruk. Pokok ini lebih lambat tinggi berbanding kepala renek lain. Buah yang dihasilkan pokok yang berusia 10 tahun pun masih dikait menggunakan galah pendek atau boleh dipanjat dengan tangga 10 kaki.
 
Jom tanam pokok kelapa SGG. Isu kekurangan santan kelapa kerap berlaku di Malaysia, sekaligus menyebabkan harga bahan keperluan masakan itu melambung tinggi dan sekagi gus membeban rakyat, terutama peniaga makanan.
 
Untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan kelapa, Malaysia mengimport kira-kira 200 juta biji kelapa setahun bagi menampung permintaan pasaran tempatan yang sangat tinggi.
 
Berdasarkan kepada statistik tahun 2021, keluasan ladang kelapa di Malaysia sekitar 85,000 hektar, ia belum mampu memenuhi keperluan kelapa negara.


No comments:

Post a Comment