Dalam
glosari dialak Kelantan ada perkataan ‘ranya’. Perkataan ranya semakin kurang
digunakan kerana aktiviti ranya semakin kurang dilakukan, melainkan di kalangan
penduduk kampung.
Disebabkan
perbuatan ranya jarang dilakukan, maka perkataan itu tidak disebut dan lama
kelamaan ia semakin dilupakan.
Ranya
mempunyai beberapa maksud. Maksud pertama ialah membersihkan telaga. Telaga
yang mata air semakin kurang disebabkan lumpur dan mendapapan tanah perlu
diranya sepaya mata air semakin laju mengeluarkan air dan keadaan air semakin
bersih.
Proses
ranya telaga biasanya dilakukan pada musim kemarau apabila air telaga tingga sedikit
atau hampir kering. Ketika itu proses mudah dilakukan dan perlu dilakukan. Tanpa
dilakukan ranya, telaga itu tidak akan berair atau airnya tidak boleh digunakan.
Proses
membersih atau menyedut tangki najis dengan membuang kerak najis yang telah
mendap termasuk dalam perbuatan meranya. Jika, sekadar disedup sahaja, maka itu
tidak dianggap meranya.
Biasanya
kos sedut tangki najis dengan diikuti meranya berbeza dengan hanya menyedut
sahaja.
Ranya
atau meranya juga membawa maksud mencari benda dalam air. Menangkap ikan ketika
air sawah, kolam, tali air atau parit yang hampir kering dipanggil meranya
ikan.
Mengambil
atau mencari sesuatu secara tidak teratur juga disebut meranya.
Sebutan
ranya di sesetengah tempat di Kelantan adalah ‘ganya’ yang membawa maksud sama.
No comments:
Post a Comment