Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) (Fully
Residential School) merujuk kepada sekolah menengah yang disediakan khas kepada
pelajar cemerlang berdasarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) - sebelum itu penilian darjah 5. Jaga untuk pelajar cemerlang PT3
(sebelum itu LCE, SRP dan PMR).
Tujuan
asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
bumiputera di luar bandar. Ini
adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama
Inggeris/ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada
anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja.
Namun
kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua
warganegara Malaysia, kecuali asrama kategori 'khas' yang hanya dikhususkan
kepada bumiputera. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala
10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.
Di
sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan
setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan
sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian
biasa.
Sejarah
penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan
kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The
Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit
Melayu daripada kalangan
istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris.
Pada
tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan
dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar
yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
Sultan
Perak (Sultan Idris) dalam
Persidangan Raja-raja (DURBAR)
pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal
pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan
nelayan Melayu yang lebih baik”.
Sultan
Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini,
dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the
training of Malay boys for admission to certain branches of the government
service”.
Pada
tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya
berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku
Kurshiah sehingga sekarang,
mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada
bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang
akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun
1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957.
Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), iaitu:
1.
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) -
1956
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) -
1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) -
1963
5.
Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968
Pendidikan
di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan
suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna
untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke
arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan
bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment