Thursday, 31 August 2023

SIPUT BERONGAN SEDAP DIGORENG

 
Siput berongan merupakan sejenis siput yang hidup di kawasan berlumpur terutama di kawasan paya bakau. Makanan siput berongan ialah terdiri dari bahan-bahan yang kaya dengan bahan organik seperti hasil penguraian daun-daun kering dan bahagian tumbuhan yang telah reput di dalam lumpur.

Sekali pandang memang macam adik beradik siput sedut tetapi siput berongan ini saiznya lagi besar (8-12 cm). Kali pertama melihatnya memang rasa mengujakan.

Berongan atau juga dipanggil kelorak atau rodong memang mudah ditemui di kawasan paya bakau. Hendak cari berongan elok ketika air surut. Ketika itu banyak berongan ‘terdampar’ di atas lumpur atau sedikit tertutup. Mudah hendak dikutip. Di kawasan Taman Negara Tanjung Piai, Johor ada kawasan boleh melihat siput berongan.

Berongan dikutip atau dicari kerana ia boleh dijadikan hidangan makan atau lauk seperti jenis siput sedut lain. Malah ia lebih digemari kerana ukuran lebih besar. Lebih banyak isinya.

Saiznya berkali ganda lebih besar dari siput sedut. Kena potong bahagian hujung cengkerang yang mengandungi bahagian perutnya barulah mudah mengambilnya isinya di pangkal cengkerang yang besar.

Isinya berwarna hijau tua dan putih. Sangat sedap digoreng atau ditumis. Ada juga digulai kuning cili padi. Boleh juga dibakar cengkerang siput berongan dan tarik keluar isinya selepas cukup masak dan garing.

No comments:

Post a Comment