Monday 4 April 2016

URUSAN AGAMA HANYA DI RUMAH IBADAT

Barat menawarkan cara hidup yang bebas. Hal inilah cuba disogokkan kepada umat Islam. Mereka membina hubungan dengan Islam secara polimik yang sering memperlihatkan pertentangan. Atas dasar kebebasan hak, banyak peraturan agama Islam dilabelkan sebagai kolot.

Barat mempersoalkan aturan agama Islam sepatutnya memberi pilihan untuk mencapai kebaikan atau matlamat hidup. Menyekat atau membuat batasan kebebasan akan menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam arus kehidupan kini.  

Mereka cuba memberi kefahaman bahawa punca kemunduran umat Islam adalah disebabkan mengikut acuan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW beribu tahun lalu yang jauh berbeza dengan sekarang.

Barat turut mendakwa, apa yang dibawa Nabi Muhammad SAW itu adalah untuk masyarakat Arab pada waktu itu. Keperluan hidup manusia berbeza mengikut kawasan tempat tinggal yang melibatkan budaya, cuaca dan keadaan persekitaran.

Jadi, untuk mencapai kemajuan hidup perlulah mengikut peredaran masa dan keperluan sebenar masyarakat di sesuatu tempat.

Umat Islam perlu ditanam dengan jati diri bahawa aturan syariat yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik dan sesuai dengan fitrah manusia. Manusia yang cuba mengubah apa yang ditetapkan oleh Maha Pencipta tidak akan mencapai kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Virus sangat berbahaya dari semua serangan pemikiran barat adalah sekularisme. Sekularismei adalah usaha memisahkan antara agama dengan kehidupan. Sekularisasi mengajarkan bahwa urusan agama harus dipisahkan dari urusan dunia.

Doktrin resmi sekularisme adalah urusan dunia yang diatur oleh negara, sementara urusan agama diatur oleh kitab suci atau Tuhan.

Dengan doktrin sekularisme yang telah menjalar ke seluruh dunia, menyebabkan pemisahan dua pemimpin dalam kehidupan, dalam hal agama harus ikut ulama, dalam hal urusan dunia harus ikut pemerintah.

Hal inilah yang mengikis sedikit demi sedikit dan mengkerdilkan ajaran Islam, sehingga ajaran Islam tidak lagi dapat diterapkan dalam mengatur masyarakat. Apa saja urusan dunia perlu ikut peraturan semasa, sedangkan soal agama berpandukan kepada ajaran agama yang hanya dilakukan dalam ibadat khusus.

Sebab itu dalam masyarakat Barat 'membuang' agama apabila keluar sahaja dari rumah ibadat mereka. Mereka bebas melakukan apa yang ingin dilakukan biarpun bertentangan dengan kehendak agama.


Barat menjadikan undang-undang sebagai menentukan benar atau salah dalam sesuatu hal. Contohnya dalam urusan perkahwinan sejenis. Jika undang-undang di negara berkenaan membenarkan perkahwinan sejenis maka itu adalah halal, sedangkan dalam agama mereka melarang amalan itu. Sebenarnya tiada satupun hukum agama yang membenarkan perkahwinan sejenis.  

No comments:

Post a Comment