Thursday, 21 December 2017

CARA CEGAH PENYAKIT KENCING MANIS

Cara cegah penyakit kencing manis paling asas ialah kurangkan pengambilan gula. Usaha mengelak penyakit kencing manis 'wajib' dilakukan agar tidak menjadi sebahagian statistik pengidap penyakit kencing manis. Peratusan penduduk Malaysia mengidap kencing manis atau diabetis antara tertinggi di dunia. 

Antara tindakan untuk mencegah penyakit kencing manis adalah:-

Ubah cara hidup. Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG).

Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan. Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan.

Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman.  Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan Berat Badan. Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan.

Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri. Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.

Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan. Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka.

Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi.

Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat. Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manissebanyak 31%.

Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis. 

Secara tuntasnya, setiap orang perlu bertangunggjawab terhadap diri sendiri untuk mengelak daripada menjadi sebahagian statistik pengidap kencing manis yang semakin meningkat setiap tahun. 

No comments:

Post a Comment