Friday 21 February 2020

JENIS PENYAKIT PEROSAK HALIA

Tananam halia mempunyai dua jenis penyakit iaitu penyakit layu bakteria (Ralstonia solanacerum) dan penyakit reput akar (Phythopthora spp)/

Penyakit layu bakteria yang menyerang bahagian daun yang akan menjadi kering perang keemasan kemudian layu. Jika diserang penyakit ini batang dan rizom akan menjadi lembik dan busuk.

Kaedah untuk mengawal penyakit layu bakteria ialah dengan menggunakan anak benih dari pokok yang bebas penyakit, musnahkan segera pokok yang kena jangkitan dan elakkan menanam halia di kawasan yang sama. Selain itu perbaiki saliran di kebun.

Penyakit reput akar (Phythopthora spp) juga menyerang bahagian akar menyebabkan akan menjadi reput. Cara untuk mengawal penyakit ini ialah dengan Amalan Pertanian Baik (APB) atau menjalankan giliran tanaman.

Terdapat sejenis sahaja perosak tanaman halia iaitu ulat pengorek batang (Dichocrosis puntiferalis) yang mengorek batang halia dan mengeluarakan najis pada lubang. 

Untuk mengatasi masalah ini ialah  dikawal dengan giliran tanaman. Penggunaan racun juga sesuai iaitu menyembur racun pemethrin atau methamidopos.

No comments:

Post a Comment