Friday 18 June 2021

HALBA BANYAK KHASIAT

 
Halba dikenali sebagai rempah dan herba yang banyak digunakan masyarakat di seluruh dunia. Biji halba mempunyai rasa yang agak pahit, mirip dengan saderi, sirap mapel atau gula yang terbakar. 

Manfaat kebaikan khasiat herba halba atau fenugreek telah digunakan untuk kesihatan sejak zaman kuno. Kegunaan halba antara lain mengaktifkan organ pembiakan. Amalan tabib China menggunakan halba merawat mati pucuk.

Halba antara ubatan tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 

Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan, ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.

Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari atau pada masa-masa lain. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. Boleh digunakan untuk pelbagai menu masakan dan dijadikan perisa minuman.

Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium. 

Pakar perubatan Ayurveda tradisional India sering menetapkan khasiat halba kepada ibu yang menyusu. 

Penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu.

Kandungan magnesium dan vitamin di dalamnya juga membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi.

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, 25 orang wanita yang baru melahirkan anak meminum tiga cawan teh halba setiap hari selama 2 minggu dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah susu pada minggu pertama. 

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolestrol.

Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.

Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan.

Dengan mengurangkan kandungan kolesterol dalam aliran darah, anda mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah.

Kajian perintis pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes membantu menurunkan tahap glukosa darah.

Disebabkan oleh kehadiran serat semula jadi galactomannan, herba ini memperlahankan kadar di mana gula diserap ke dalam aliran darah.

Asid amino 4-hydroxy isoleucine didapati dalam rempah ini, yang mengawal pembebasan insulin.

Ini membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 15 gram (satu sudu besar) halba biasanya disyorkan untuk mengawal gula darah setiap hari.

Antara manfaat mengamalkan halba ialah:
- Melancarkan haid.
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak.
- Pencuci perut.
- Menguatkan jantung.
- Menghilangkan lender tekak.
- Melegakan sakit kepala.
- Membuang angin.
- Menyembuhkan buasir.
- Senggugut.
- Merangsang rahim.
- Mengelak kegemukan.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal kencing manis.
- Radang kulit dan bisul.
- Meningkatkan nafsu seksual.
- Tingkat daya kecerdasan otak.
- Tingkat daya kercergasan fizikal.
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang.
- Menurunkan kolestrol.

Cara pengambilan:

Teh halba:
- Dua sudu besar halba.
- Direndam dalam air panas.
- Minum air rendaman (teh halba) itu apabila sejuk.
- Boleh diulang tambah air sehingga tawar.
- Makan halba apabila telah lembut.
- Boleh juga direbus sehingga lembut dan terus makan halba bersama airnya.
 
Serbuk halba.
- Bacuh dalam air suam dan terus minum. 

Dapatkan halba secara dalam talian. 
Mudah, cepat dan murah. 
Klik pautan di bawah.

No comments:

Post a Comment