Gambar
3 ekor anak burung yang telah mati kering di sarangnya. Apa telah terjadi.
Pastinya kerana ibunya tidak memberi anak makan.
Mengapa
ibu burung itu tidak memberi anaknya makan? Ibu haiwan tidak akan lupa memberi
anaknya makan. Bahkan, ibu akan mengutamakan anaknya makan berbanding diri
sendiri.
Keadaan
ini berlaku kerana ibunya tidak dapat pulang ke sarang. Tidak dapat menunaikan
tanggungjawabnya.
Ibu
burung mungkin telah mati dimakan pemangsa lain. Atau mungkin juga telah
ditangkap oleh manusia.
Ketika
ibunya ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar mungkin manusia menyangka dia
menari dan menyanyi kerana dia melompat-lompat dan berkicau.
Tetapi
sebenarnya dia gelisah dan menjerit. "mungkin" dia berkata,
"Nak, maafkan
ibu... ibu tidak dapat pulang. Tidak dapat menyampaikan makanan untukmu... maaf ibu
tidak boleh menjadi ibu yang baik."
Akibatnya anak mati kelaparan. Nasib ibu pula tidak pasti pengakhirannya.
No comments:
Post a Comment