Thursday, 17 June 2021

CARA KETAHUI BENAR PERTAHAN PERKARA BETUL

Cara mengetahui adakah seseorang yang mengatakan dia sedang mempertahankan kebenaran,  betul-betul mempertahankan kebenaran, atau ada niat dan muslihat di sebaliknya.

Cara ini dikongsikan oleh Imam Malik dalam satu majlis ilmu bersama anak-anak muridnya, di mana Imam Malik berkata,

“Jika kamu melihat ada seorang lelaki sedang membela kebenaran, tapi dia sambil mencaci, memaki, dan dengan marah, maka sesungguhnya ada yang tidak benar dengan niatnya. Kerana sesungguhnya kebenaran tidak memerlukan pada yang seperti itu.”

Itu adalah cara untuk menentukan adakah seseorang itu sedang betul-betul mempertahankan kebenaran, atau sebenarnya ada niat dan muslihat lain.

Tutur bahasa, gerak kerja, tulisan dan bahasa tubuh badannya akan memberikan petunjuk.

Sangat berguna petua ini, dan sungguh bertuah selalu mempunyai peluang dan ruang untuk belajar sesuatu ilmu yang baru bersama dengan orang-orang yang alim dan baik-baik ini.

Orang di jalan yang benar tidak perlu meroyan,
Orang di jalan yang benar tidak perlu menyalak,
Orang di jalan yang benar tidak perlu negatif.

Kerana sesungguhnya kebenaran tidak memerlukan pada yang seperti itu. 

No comments:

Post a Comment