Sunday 8 August 2021

Gambar budak dalam beg plastik 33 tahun dahulu kembali tular

Gambar menarik yang dirakam oleh seorang jurugambar telah menjadi sejarah yang telah diedarkan selama beberapa dekad.

Seorang jurugambar Hungary, Attila Manek, secara tidak sengaja menangkap gambar seorang ibu sedang memilih untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di sebuah pasar di Budapest, Hungary pada tahun 1987, membawa bayi kecil dalam beg plastik lutsinar, dan bayi itu sedang leka memakan epal.

Dalam gambar itu, ibu dengan rambut pendek dan dia kelihatan elegan, seakan-akan seperti Puteri Diana dari England, yang dikagumi seluruh dunia ketika itu.  

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia pergi ke pasar sayur-sayuran dan membawa bayinya dalam beg plastik besar. 

Selepas 33 tahun, jurugambar Attila Manek sekali lagi menemui ibu dan anak tersebut. 

Mereka kemudian sekali lagi kembali ke pasar Budapest untuk merakam semula aksi 33 tahun dahulu. Namu, tentu sekali anak yang dahulunya usia setahun berada dalam beg plastik tidak lagi mampu berada di dalam plasti.

Sebaliknya, untuk menggambarkan bahawa ia satu rakam semula, anak perempuan itu gembira memegang gambar ketika dia kecil dahulu.

Attila Manek berkongsi gambar terbaharu ini pada awal 2020. Ternyata gambar tersebut mendapat perhatian banyak warga maya.

Antara komen warga maya, "Terlalu tersentuh! Bayi kecil itu membesar sihat”, "Ibu selepas lebih daripada 30 tahun masih elegan dan cantik."

Komen lain pula, "Saya sangat menyukai pasangan ibu dan anak perempuan ini, saya merasakan hubungan mereka sangat baik".

"Ibu benar-benar kelihatan seperti Puteri Diana,” satu komen lain.

No comments:

Post a Comment