Saturday 14 May 2022

MASJID RAZALEIGH, GUA MUSANG

 
Gua Musang memiliki sebuah masjid tercanggih dan bercirikan Masjidil Haram di Mekah. Masjid Razaleigh yang menelan belanja RM34 juta dibina pada 2016, secara semboliknya siap sepenuh pada 1 April 2022 apabila ia secara rasminya diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dilaksanakan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Masjid Razaleigh dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah, dilengkap kemudahan yang lebih baik berbanding masjid sebelumnya di samping ruang yang luas.

Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan terbuka di tengah-tengah yang memudahkan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf.

Pembinaan masjid ini diharap menjadi pemangkin kepada kesatuan ummah dan boleh meningkatkan syiar Islam di mata masyarakat.

Selain tempat melaksanakan rukun Islam, masjid juga medan muamalat dalam Islam yang dapat menyatupadukan seluruh umat tanpa mengira bangsa dan keturunan kerana semua sujud pada yang Maha Esa.

Masjid yang terletak di tapak bekas Balai Polis lama di bandar lama, menjadi mercu tanda baharu bagi mengantikan masjid lama kerana kerap tenggelami banjir.

Masjid lama yang terletak tidak jauh dari situ dan ditepi Sungai Galas kerap ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh akhir tahun hingga banyak peralatan rosak dan perlu ditukar baharu.

Masjid Razaleigh turut dilengkapi dengan bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa.

Pembinaan baharu termoden dan tercanggih itu supaya dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada jemaah daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar.

Masjid yang berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dibina daripada bahan berkualiti tinggi dan pemasangan jubin atas tapak seluas 1.5 hektar.



No comments:

Post a Comment